Lady Nyna

Lady Nyna
Showing posts with label kesayangan saya. Show all posts
Showing posts with label kesayangan saya. Show all posts

28 January 2014

Farish.. permata baru kami..

As Salam..

Maaf lama dah x update blog yg dh naik berhabuk bersawang ni.. Busy sangat sampaikan masa nak baca paper pon ntah ke laut.. Hihihi...

Syukur alhamdulillah dgn izinNya kami sekeluarga dikurniakan rezeki anak ke-2 dlm masa yg cepat.. Lil Khalish pon baru setahun 2bulan.. mummy dh loya2, miong2, angin satu badan...tup..tup.... hamik kau... Bagi Khalish adik rupanya...

Mengulang kembali kenangan mengandung mmg mnyeronokkan.. siapa ckp jd ibu mengandung ni x best??
Terrr..sangat la bestnya.. Pahala dapat... masyarakat sekeliling esp husbnd mmg luar biasa sbb jd prihatin dgn ibu mengandung... hasil penat lelah..akhirnya lahir la si comel ke dua kami..

Muhammad Yuzaqwan Farish B Yusmarin... Sgt comel!! 

Muhammad : Yang Terpuji

Yuzaqwan : Yang Berjaya, cerdik, pandai

Farish : Anugerah

Sebab apa kami pilih Farish? Sbb Farish adalah galang ganti nyawa kesayangan husband saya... Pada hari yang sama jam 5 ptg..adik ke tiga husband meninggal dunia di usia 43 tahun.. Sememangnya arwah ada masalah kesihatan..dan disebabkan dr pagi dh masuk labour room..& tgk husband resah gelisah nak tinggalkan isteri kecintaannya sorang menahan sakit...

Saya berdoa semoga by mlm jgk saya mesti bersalin..akhirnya 9.34 mlm saya selamat bersalin.. lps sume dah ok & saya pon dah masuk wad.. baru lah husband tinggalkan untuk balik  ke rumah mertua membantu menguruskan arwah... 

Kuasa tuhan Allah Yang Maha Kaya.. Patah tumbuh hilang berganti... maka kami berusaha membesarkan Farish dengan penuh kasih sayang.. ditambah menggembirakan kelahiran Farish adalah ketika usia Khalish genap 2 tahun sehari............. syukurrr...

Nama Baby : MUHAMMAD YUZAQWAN FARISH
Tarikh Lahir : 18hb OKT 2013 , 9.34 mlm
Gender : BOY
Weight : 3.22 kg
POB : KPJ SPECIALIST KAJANG













Mummy & farish day out... dating bedua aje...


Mummy masak, abg Khalish jaga adik Farish

Si bulat mummy yg suke senyum... 


17 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Syukur alhamdulliah hampir sampai ke penghujung bulan Ramadhan kali ini. Tp aku lebih excited sbb kali pertama beraya dgn Khalish...lengkap sudah keluarga aku.. Aku ada suami & thn ini aku ada anak skali.. InsyaAllah thn2 mendatang bertambah lg kaum keluarga kami.. (Doakan rezeki kami ye...)

Utk Khalish mmg byk dh persiapan aku buat. Baju ntah brpa pasang aku beli... baik online, beli di Plaza Gm Klang ada, JJ pon ada. Butik Anakku pon ada... rs mcm ada beli kt tmp lain jgk... (hehhehe)...

Baju melayu alish plak alhamdulillah siap smlm...Seronok betul aku masa cuba kt badannya...dh beli siap2 kt Tesco... murah sikitla sbb kat PKNS mahal sgt... Ya Allah, mcm2 dh plan aku tuk Khalish sorg...

Tema ktrg thn ni kuning air... Abg mmg pkai semula baju nikah kami. Aku mmg baju kurung barula, baju Ana bg masa bercuti kt Indon. So, sedondonlah kami ni thn nie... besttttt... can't wait!!!!!!!!

So, kepada semua yg mengenali kami sekeluarga, kami ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Minta maaf segala salah silap kami sekeluarga OK.....



12 June 2012

Nak tambah anak lagi?

Soalan cepumas yg aku tanyakan pd abg. Abg dh sedia ke nak anak lg? Hahahahaha...abg senyum je then terus cakap... "xkan nak ada Khalish aje.." pheeuuwwww!!!

Pk kjap... Aku mcm mn? dh ready ke..Alish dh nak masuk 8 bulan. Klu pregnant lg, means 2013 aku beranak (InsyaAllah jk rezeki cepat).... dh beza umur 2thn dgn Khalish. Ok la beza 2 thn... xla rapat sgt kaan.....

So, aku pon ringan tangan search kat internet petua2, doa yg mungkin boleh dipraktikkan utk dptkan anak...Kali ni mmg sasaran kami nak anak perempuan... Hehehehe..dh ada boboy. nak gegel plak uoolllllssss....

Petua dapatkan ANAK PEREMPUAN:

1. Melalui pemakanan, ibu2 kena byk makan makanan yg kaya dengan lemak & makanan yg diperbuat drpd susu. Jika diikuti, peluang utk dpt baby girl sekitar 70-85%....

2. Melaui masa subur ibu... Waktu subur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, persetubuhan perlu dilakukan 24 JAM SEBELUM WAKTU SUBUR.
 
Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. Menentukan tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan. Cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

4. Menentukan tahap kepuasan isteri semasa bersama. Isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

5. Melaui kiraan kitaran haid.  

( cth; sekiranya haid sang ibu jatuh pd 1hb )


Hari Haid
: 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki )
: 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan )
: 18,19,19,20,21,22,23 ( 7 hari )


Hari Tidak Subur
: 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )
Berdasarkan kalendar di atas, Ibu2 bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya ibu2 mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami.
Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17, ibu2 dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.


MULAI TARIKH 18 HINGGA 23
, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan


Tapi, walau apa pon usaha kita, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kita boleh merancang & berusaha, ketentuan di tangan Allah SWT jua... 

So, InsyaAllah ilmu ini bermanfaat bg kwn2 yg plan nak anak gegel pulak. Semoga usaha kita semua membuahkan hasil seperti yg diimpikan. Aminnnn........ (InsyaAllah).








11 June 2012

Sebak & Menyesal

Tgh malam yg sunyi.. Abg masih bz kt bilik study sblh dgn drawing2 nya... Aku plak di bilik tido tgh tidokan Khalish... Sayu aku pandang wajah Alish... terbayang 3bulan aku tinggalkan dia.. Ya Allah... rasa sebak sgt.....

setiap malam waktu tidurkan Alish, aku akan tetap berdoa keselamatan, kesejahteraan & kesihatan Alish... Apa2 ayat or doa yg aku tau sume mmg aku baca... Semoga Alish dilindungi dari gangguan & diberi tidur yg lena... Aku kucup pipi labuh Alish & tepuk2 buntutnya dgn lembut.... Mama sgt2 sayang anak mama......

Alhamdulillah Alish dh 7bulan 3mggu skrg... Makin lasak & kdg2 agak nakal.... paling kelakar pagi semalam..aku & abg mmg dh bgn tp masih bermalasan atas katil..tetiba rasa mcm ada org pgang kaki..rupanya Alish dh berdiri tegak kt kaki ktrg nk join atas katil..hehhehe... comel je.... makan pon dh nk ikut apa je yg ktrg makan..... now mama tgh usaha carikan kerusi mkn yg boleh laras..so far mmg xjmp lg..yg std height bykla jumpa.... klu xdpt jgk, mama beli jela yg std height tue.... mama tau Alish nk mkn skali ngn mama-papa....

We Love You.... Mama menyesal berjauhan & tinggalkn Alish dulu...mama janji selai mama bernyawa, mama xkan tingalkn Alish lg....


28 March 2012

Tik tok tik tok!!!

im counting the day...  Wednesday..tomorrow thursday
Then, Friday.. I will going back to Kuala Lumpur again!

Meet my lovely husband, meet my cutiest son.. oohhhh i miss & love them so much!!!

26 March 2012

demam oh demam!!!

aku cuti pd 23hb 3 lps... 2hri sblm tu mmg abg ada ckp Khalish demam, tp 2hari dh kurang panas dh..aku mmg xrasa sgtla Khalish demam teruk. Masa abg amik kt bus stop, abg ngaku Khalish demam panas dah 3hari... eeeeee..... gerammnya ak!!

Aku tny abg knp xbgtau, abg ckp abg takut aku lari balik KL sbb risaukan Khalish & mkck Yah.. Abg xnk aku susah hati.. mujur dibw g klinik & cpt amik ubat..masa aku balik Khalish dh ok, cuma batuk& kahak xhilang lagi...

Jumaat...abg plak yg demam... mngigil2 satu badan.. hhrrm.... Khalish dh OK, abg plak sakit.. dlm ptg tu aku prasan bdn Khalish ada bintik2 merah mcm campak. Mkck Yah pon ada ckp dia tgk mcm campak.... risau plak aku... sabtu pagi ktrg g klnik TTDI yg aku biasa pegi  tu.. Sahh!!! Khalish kena campak..tp campak keladi je..halus2 mcm ruam...  Doc ckp tgkkan dlm 4hri ni klu habis smpai tapak kaki, OK la dh bsar xkan kena balik... sbb Khalish dpt injection campak.... injection tu utk 12bulan. 



harap2 cptla baik demam tu... mama nk Khalish mama cepat sihat. Abg plak, moga cepat2 baik demam... dh mlarat 4hari dh ni... syg ni yg teruk xde kt sana nk jaga kalian.

mama ada 5hari 4mlm je lg.. pasni mama akan sntiasa ada disisi anak mama...

Love u all so much!!!! 



15 March 2012

Dh pandai makan & meniarap!!!

Khalish hebatt!!! baru 4bulan dh boleh meniarap sendiri... Suke sgt33.... wlpon ak nangis masa 1st time Khalish pusing badan, tp aku bersyukur sbb Khalish mmg kuat..xpadan dgn umurnyaa.....

Nsb baik masa tu abg kbtlan balik & terus call ak... seronok sgt2..jumaat tu balik KL mmg rs excited... So, keputusan resign aku rasa bukan 1kerugian... ada keuntungannya iaitu "AKU DAPAT TGK ANAK AKU MEMBESAR DI DEPAN MATA!!!!!" 

Aku nk bgtahu 1 dunia betapa seronoknya ak nak balik KL nie... last week aku baru stat bg Khalish makan. Aku beli solid food brand Heinz yg ada mcm2 flavour. Khalish suke sgt3!!!



Aku nak jaga Khalish sndri... mcm2 resipi solid food dh aku jmpa.. Espcly Kak Yus (pn Mirza) yg bnyk bg idea & inspirasi nk bg baby solid food... 



 

29 February 2012

Khalish GREATTT!!!!!

hhrmm... lama dh xupdate story kt sini... since mjlis Idan kt kg settle, ak dh pindahkan Khalish ke KL... ak tgglkn kt umah makcik yah, jiran ak yg sgt baik tu... Alhmdllh smggu dh ak tinggalkan, nmpk OK..cuma Pkck Ramli nasht abg spya bljar jaga Khalish sndri esp malam... xyah bazir duit byr mkck Yah mahal2.... ABg diam je..ak tau abg xsdia lg jaga Khalish..bukan sbb abg xsyg Khalish...


22 Feb.. Khalish pandai mniarap dgn sndrinya!!!!!!!! GREATTTT... abg call ak tgh hari tu smata2 nk gtau Khalish dh bolh pusing bdan sndri... ak kt opis waktu tue... mmg sronok dengar...sedar x sedar aku menangis........ yupp... menangis sbb happy & ak mnangis sbb ak sedih xdpt tgk sndri dgn mata ak.. Khalish, maafkan mama sayang.......


Ak rasa bersalah sgt2.... lately ni hmpir tiap malam & pagi aku kena attack dgn smptom hypothyroid ak... Ya Allah.... Ak hnya mampu nangis & crita pd abg dlm phne... Abg mmg susah hati. Abg dh suh ak berhenti keje... tp ak masih sygkn keje ak & ak xnk putus blnja rumah klu ak xkeje bantu abg!!


24 Feb ak lari lg balik KL... kbtlan kali ni bw kete sbb ak de chck up di PPUM on 27th nti.... Drve ke KL mmg penat tp rs cpt smpai sbb xsabar jmp buah hati ksygan..... Khan dgn baik hatinya tolong punch cardkan ak... smpi KL dlm 8pm & ak sempat tapau nasi dagang kesukaan abg... siap naik trun train sbb jln jammed gilerrrr.. ggggggrrrrrrrr... xkisahlah.. jnji ak dpt suke kan hati abg... Luv u darling!!! Mmmuuahhhh...


27hb TCA thyroid kt PPUM.. alhmdllh xtggu lama sgt.... byk ak tnya doc Endo tu... dpt skali ref letter tuk cntinue TCA di lipis... doc suh ak test darah tuk profile thyroid sbb ak de smptom Hoshitomo bla...bla... nti ak post kt blog ni k.... sounds scary.. ak tnya mcm2..klu xmkn, bolh effek kt jantung, so leh coma sbb badan xde hormon yg bolh devlpe system bdan... Ya Allah... kronik jg sakitku ini... tp demi Khalish & abg..ak kena kuat... mereka perlukan aku...

30 January 2012

hari hari sepi

Lama dh xupdate story kt cini... Ak masih mcm dulu...duk keje di Lipis tnpa ada abg, Khalish... Rindu sgt2 dorg....

2-3mgu lps ak lari balik awal.. ak naik bus kul 2ptg..hahaha.. jahatnya ak.... dhla keje byk, bos & EO cari ak,lg2 tgh sibuk sbb KSU buat lwtn ke hospital..tp ak plak lari balik.. ak bengang gak sbnrnya EO xbg ak g dgn alsn nama ak xde dlm snrai..pdhl yg dtg pon bhgn eng.. geram jgk..tp yg bagusnya, ak boleh balik & jmp ksygn ak...

the next day de meeting kt HOSHAS plak..meetng JOHN/PJOHN kt sana.. jmp balik kwn2 lama...Rindu jgk kt dorg..jmp smula kak Zura, Kak Nita, Rin, Sue, Wan, Kak Ct, dila, Kudin & of coz pn aida... ooppss..lupa plak tuan umah si Amin.Ak drve sndr g sana.mlas balik punya pasal, ktrg lpak2 bork & balik lipis lmbt...

19Jan, Khalish TCA 3bln.. ak mmg mohon cuti sbb risau Khalish demam di inject.. Syukur alhamdlillah Khalish sihat, xdemam pon... Berat naik byk..1.1kg dr last months & now 5.8kg... ak sukeeeeeee!!!!!




pastu, cuti raya cina plak... dptla direct 6hari cuti... seronok sgt2.. jumaat mlm dpt berita sedih..Mansor bos abg mnggal dunia mngejut masa main ping pong.. Ya Allah..sian ak tgk abg.blur je dia sjk 2 menjak ni...

yg pasti ktrg dh kena lebih berjimat cermat..sbb gaji abg blm tau apa cte...de bos baru pon, nmpk gaya mcm abg xsenang ngn dia... abg dh stat buat keje adik...buat lmn web..abg ckp nk buat jgk sbg back-up klu2 dh xmmpu nk teruskn KMZ... Ak tau abg patah hati sbb xde smgt...abg Z pon smbil lewa je keje ngn KMZ... Ya Allah..Kau berilah jln yg terbaik buat suamiku....

Selasa hntr Khalish mcm biasalah...3mlm ak tgglkn Khalish..3mlm jgk aku mimpi dia... Rindunya..5mlm ak dpt jmp Khalish, then bila pisah, terasa sgt2... Jumaat ak balik kg smula la jmp buah hati ak tu..Khalish anak yg baik... xbyk ragam & kernah..

Sabtu kami balik KL sbb de weddng Kak Aini. Kwn ak di lipis...then g gombak lps amik abah.. Yasin anak abg Mat kawen... so, jmp fmly2 abg..sume rmai yg dkung & pegang Khalish..Khalish gud boy..berani dgn sume org... xnangis pon.. Anak mama mmg baik sgt4!!

Smlm abg hntr ak balik Lipis... 28hb bezday abg, tp ak xbuat apa2 pon..ak belikn hadiah pon xde..Ak niat nk belikan jam tgn..tp oleh sbb ktrg tgh berjimat cermat, ak tangguhkn dulu... Ak mnta maaf kat abg..abg snyum je..ak xtaulah nk expresikan abg mcm mn.. abg mmg sabar..sikit pon dia xmrungut ak xbuat apa2... masak tidak, lyan abg tidak sbb ak dtg blan... Syg jnji kita dh ok nti, syg belikn jam tgn tuk abg... tu niat syg.. Syg sayangkan abg... syg sgt3.....

Selamat Hari Jadi Suamiku sayang......... Syg mahu jd isteri yg hebat & terbaik tuk abg.....

Ya Allah...Kau permudahkanlah kesulitan kami ini..Kau lindungilah kami dari dugaan & kesusahan.. Kuatkanlah cinta, kasih sayang & rindu antara kami, satukanlah kembali kami..jgnlah Kau jauh dan pisahkan kami lagi... Khabarkanlah berita gembira pd kami... Kuatknlah kami....











14 December 2011

Jiwaku Pergi...

Hhrrmm..rs byk sgt yg terbuku dlm hati nie... mcm2 nk luah.. ak dh mula kerja 2hr yg lps... masuk keje dgn beribu satu persaan.. hiba, sedih, hampa, kecewa, duka, lara..sumenya prasaan yg -ve.. aplh nasib ak ni... 


seminggu sblm masuk kerja, Khalish dh mula xnk BF dgn ak..puas ak bg, sikit byk yg dia BF, sumenya hbs dimuntahkan.. Ya Allah... sedih yg amt2 sgt ak rasakan... Khalish smemangnya terasa yg ak akn berjauhan dgnnya kot... 


Kemudian, smpi hr appoinmnt di PPUM slps 6mggu ak bersalin...Khalish xdicucuk sbb ak nk cucuk di Klnk Krjaan je... so far chck up biasa2 je.. Alhmdulillah Khalish ank yg baik, dia xmrgam di hospital..mrengek nk susu & pampers basah je...


Then hari2 yg ditunggu2 tiba juga.. Ak hrus berpisah dgn Khalish.. Ya Allah sayu hati ni bila mngenangnya... Ak balik kg umah wak hari ahad lps... Mlm tu abg ajk tdo je kg utk kali terakhir sblm keje..spya ak dpt mrasa tdo dgn Khalish lg.. Spnjng mlm Khalish tdo lena...cuma sesekali dia bgn mnyusu..itupon byk susu yg dimuntahkan...smpi 3 helai baju ak tukarkn.. Ya Allah adakah anakku merasa apa yg ak rasa?


Isnin pagi ak ada appoitmnt thyroid di PPUM, maka bermulalah saat ak berpisah dgn Khalish ksygnku.. Ak xmandikan dia pagi tu sbb dh lambt.. Ak pandang, peluk cium Khalish dgn doa spya Khalish dilindungi olehNya.. Ak sedih...jauh dgn Khalish suatu penyeksaan.....


Alhmdllh dos thyroxine dh dikurgkn dr 100mg kpd 75mg..tp ak xboleh buat family planning dsbbkn masih mkn ubt thyroid.. hujung feb nti bru next appoinmt & br leh tahu ak boleh merncng/x..sbb endo tkut hormon ak xblnce dsbbkn mkn 2  jns ubt hormon...Abg pulak xbrni rancng sndri sbb xtau..Tp abg ckp abg sabar tggu ak.. Ak tau abg suami yg sgt2 baik tp aku perlukan abg utk ketenangan ak....


Ptg kami be2 bergrk balik ke Lipis.. Ya Allah ak xdpt mnipu utk mngalirkn air mata mngenangkan Khalish makin jauh dgn aku.. Abg tenangkn aku & mtk ak kuat... Hati ibu mana yg xsedih bjauhn dgn anak sndri..umur Khalish baru 56hri, ak dh tinggalkan dia... Mama jns apa lah ak nie... 


lewat mlm bru aku dpt lelapkn mata..Hti aku sgt2 merindui Khalish..mlm pertama di lipis, ak dh rindukan wajahnya, suara manjanyam ketawanya... ak rindu main dgn Khalish, ak rindu tdo peluk Khalish..ak rindu susukn Khalish, tukar kain lampin-baju Khalish..Ya Allah..aku sgt2 merindui Khalish... Ak rindu teramat rindu...


Hari pertama kerja, 2-3x ak call kg tnykn khbr Khalish... Khalish tdo spnjng siang... Setahu ak Khalish sush tdo siang...dia ligat bermain..ptg brulah dia akan tdo smpi tgh mlm... Khalish sedih mama xmain dgn Khalish ke? Mama syg Khalish sayang...mama syg sgt3.....


Mlm ni mlm kedua ak di lipis... hati sayu & semakin sayu... rindu aku smkin mmbuak... esok Khalish ckup 2bln & perlu dicucuk 2bln.. Mama mtk maaf xbalik utk sama2 dgn Khalish.. mama hrp khdiran papa cukup utk Khalish..Mama jnji jumaat nti mama balik jmpa Khalish ye sayang.... Mama rindu Khalish, mama tau Khalish jg rindu mama....


...Ya Allah...Kau lindungilah anakku Khalish.. Jauhknlah dia dr gangguan, kesakitan & mnyusahkn org lain.. Jadikanlah dia anak yg baik, anak yg mnyenangkn sesiapa shj yg mnjaganya... Kau beriknlh yg terbaik buat Khalishku...Ak memohon kepadaMu..Jadikanlah perpisahn & berjauhan ini jalan kbhagiaan buat kami..beriknlh khabar gembira sempena perpisahan ini..berilah peluang utk kami bersatu & bersama semula sbg 1 keluarga..Kau lindungilah juga suamiku yg amat aku cintai, leraikanlah kesukaran nya, mudahknlah kesusahannya... Kekalknlah rumahtangga kami, kuatkanlh kasih sayang antara kami... Lindungilah kami..berilah rezeki yg baik buat kami... Aku memohon kepadaMu ... berilah peluang itu kepada kami.. Amin.....


23 November 2011

Outstation!!! OMG...

Abg outstation..nun jauh g Terengganu... urusan di 3tmp.. KT, Kemaman & Dungun... Berat hati nk pisah, tp pe boleh buat...abg kena g jgk sbb keje....

1st abg nk bw ak & Khalish sekali.. Yahoo!!! Seronok rsnya dpt jalan2 smntra msih cuti..& sbg kngan utk pertama kalinya bercuti dgn anak!!! Hahahaha....

Tp ak masih dlm pantang..dh 36 hr tp still dlm pantang..ak mgkn tahan duduk dlm kereta lama2... tp abg kesiankan Khalish..OMG... duduk rumahla jwbnya...

Ak ajk Yaya ikut smggu ni..alang2 abg pon xde g Tganu..delah kwn smntra nk buat apa2... sedihnya xdpt ikut... nangis jgk dibuatnya... waaaaaaaaaa....

Sok Khamis... hrp2 keje abg sttle cpt, boleh balik KL pon cepat... xsbar jmpa abg..rindu sgt2 abg!!!!


19th Nov 2011... Habis sudah..

Pagi yg indah & penuh barakah... seperti yg dirancang majlis cukur jambul & kenduri aqiqah buat Khalish terlaksana spt yg dirancang... Syukur atas izinNya...


Khalish telah kusiapkan dgn baju melayu warna gold... wowww!! Sgt teruja bila abg bg baju tu pd ak buat pertama kalinya... Senyum & gelak sorg2 dibuatnya..xpnh pegang baju sekecil itu.. Time kasih buat Kak Lin sbb bg baju comel tu pd ak... 


Nsb baik ngam2 muat tok Khalish..wlpon Khalish kecil, nsb baik bdnnya jenis tinggi... mmg muat!!! Pagi2 dlm jam 9, kumpulan marhaban dr Kg Kuantan dijemput sblm acara bermula... jam 10.30pg, nyanyian berzanji dimulakan... Khalish sedap tdo dr pg lps ak mandikan..Khalish mcm tau2 je ak buat mjls utknya.... elok je wlpon rumah riuh dgn org yg dtg.. alhamdulillah kak Lot, sepupu abg dtg btul2 lps marhaban slesai..wlpon jauh dorg dtg jgk..


Ak dukung Khalish spnjang masa dicukur... kami berjalan mngelilingi org marhaban sblm duduk utk dicukur rambutnya... Alhamdulillah mereka mendoakan yg terbaik buat Khalish...










Dlm jam 12 tgh hari, org lelaki dtg utk bacaan doa selamat..then makan2 la... ptg ckit Mak Ipah & family syikin dtg..& surprise..Abeel dh dumukk... mcm xcaye je.. 100% BF boleh debab camtu.. huh!!! Ak xsimpan plak gmbr Khalish with Abeel.... Klu x, mmg jauh bezanya dorg...


Abah & family Adik xjd dtg..sbb otw adik terlanggar moto kt Jln Ipoh..nsb baik sume xde pape... so adik patah balik anta abah & budak2... sian abah & mummy xksmpaian mkn lauk kenduri..so ak smpn beku tuk mummy sok.. kbtlan sok mmg plan nk balik sentosa bw Khalish....


Alhamdulillah...smpai juga dirumah... Mcm yg dirancangkan...ak nk bg Khalish mersa duduk rumah sndri sblm ak keje...
So far OK.... Khalish mmg anak yg baik... Sayanggggg Khalish!!!!





22 November 2011

Jaundice oh jaundice....

As a new baby born, Khalish jg xterlepas dr terkena jaundice.. Sjk lahir hari isnin, ak msh xmmpu beri dia susu ibu.. Susu+kolostrum mash xkuar..aku usaha guna breast pump spya aktifkn saraf2 breast...hasilnya dpt sesudu je buat khalish. 


2x Khalish diberi susu formula... ak mmg sedih sgt2... Mnjdi ibu xkn lengkap tnpa mmberi sndri susu ibu buat anak tersayang.. br skrg ak tahu betapa sensitifnya bila mnjdi ibu... Aku akui hati mudh terusik.....


Rabu mlm Khamis...syukur alhamdulillah akhrnya Khalish dpt rasa susu ibu... ak berjaya bg dia mnum wlpon dlm kuantiti yg sdkit. Wlpon khalish kna tahan lg sbb jaundice, skrg2nya perkara ini mngajar ak spya mnjd ibu yg kuat & cekal...
Hari pertama ditahan mmg ak mnangis xberhenti..lg2 lps doc cnfrmkn khalish kena jaundice... Nsb baik ak msh blm kuar hospital...maka direct ak duk wad smpai 6mlm lamanya....


Abg byk pujuk ak...ak tau abg pon sedih tgk khalish dibogelkn & dijemur dibwh lampu... ak mnangis bila tgk khalish mnangis.... ak sememangnya rasa bersalah sgt2 pd Khalish..
Kerana ak xmmpu beri dia susu ibu seawal dulu..jk x, pasti Khalish xkan terkena jaundice... Khalish, maafkan mama syg!!!!!







Lg mnyedihkan, kuning Khalish terlalu tggi...melebihi 200... khalish kena dijemur mnggunakan 2lampu...mmg double panas la... Khalish lgsg xnk dijemur... sudhnya ak berkorban.. spnjang masa siang-mlm ak pangku dia diriba smbil lampu dihalakan pd kami.. mmg ak terasa bahangnya...ak lupakn hsrt nk jg badan...ak kena mnum byk air spya susu sntsa ada... biarlah lembik badan ni aslkn ak sihat & mmpu bg khalish susu spnjng dia jaundice..susu ak je ubt terbaik buatnya spya sihat & bebas jaundice....


syukur alhmdlillh.... smpi jumaat br dpt dschrge.... then trs balik kg....smptla sggh sentosa sbb nk amik uri...makck yah pon trun smntra abg naik atas....


so bermulalah pantang di kg....

Syukur Atas Segalanya... Terima Kasih Allah!!!

Syukur alhamdulillah... lama dh xluah apa2 dlm page ni..Ak nk repeat sume yg dh terlepas spya akan jd ingtn smpai bila2...


15/Oct/2011:
After mgrb abg ajk g umah mummy, masa mandi2 kuar tanda plak..so ktrg trs siap2 g hospital...tp smpatlah makan dulu sbb lapar sgt..
Smpi PPUM mmg kna admit di labour room la..Chck OS mmg jln still close...so admit ward la sbb lg 2hari mmg dh book utk induce....


16/oct/2011:
Abg masih setia dtg tiap kali wktu mlwat tuk temankan aku.. Abg mmg SUAMI TERBAAIKKKK!!! Love him sgt3!!!! 


17/oct/2011:
Dlm tgh malam around 2am, perut sakit sgt2..mngeras je..tp count sndri still xregular....dlm kul 6.45am br regular...Ya Allah, sakitnya tuhan je yg tau..
Then doc dtg chck OS lg, alhamdulillah jln dh buka 1cm.after brkfst walk in ke labour. jam9 pg ak di induce ubat bwh.6jam berikutnya mnhan sakit sbb contraction kuat sgt2..ak smpt kuar jmpa abg sblm abg kluar tgh hari... spatutnya doc suh jln2 dlm labour spya jln buka cpt, tp ak xlarat...xmmpu nk bjalan sbb terlalu kuat & kerap cntrction... takut jatuh je... Ibu fana (mkck Normah) dtg jenguk di labour..dia suh ak mkn jgk nasi spya ada tenaga..ak makan jgk wlu sikit...
dlm kul 3.30ptg ubat hbs..chck OS lg dh buka 5cm...ak trs masuk labour, doc bg drip..tp ak terlalu dlm kesakitan. smpaikan drip tukar dr tgn kiri ke kanan pon ak xsedar. 
Contraction ak bukn regular lg..terlalu kuat smpai ak stress sbb xde rest antara sakit. Doc ckp cntrction ak lain...ak dibg etonoks spya ak kurg rasa sakit. tp etonoks tetap buat ak rasa mcm spruh nyawa..yg pasti ak xsdar diri lg...sptutnya jam 7.45mlm br jln akan buka 10cm. 
Tp jam 5.30ptg ak ditampar spya bgn...rupanya ak pengsan sbb terlebih guna gas.... sedar2 kaki dh dibuka & dekat 10org ada dlm labour aku tuk tolong ak... kpala Khalish dh nmpk...kelam kabut masa tu..doc suh ak tahan sbb dorg blm stndby..ak nmpk nurse2 sume berlari2 cari alatan+kain....


Tp dh sakit sgt2...ak teran jgk... mula2 mmg payah...ak plak silap mneran..doc+sume yg ada bersorak bg smngt pd ak....  then kpla Khalish selamat kuar... doc ckp ak mneran bagus & suh teran lg.. Sekali push..Khalish kuar dgn selamatnya..tepat jam 5.46pm Khalish dilahirkan. Ya Allah...lega rasanya..hilang segala sakit yg ak rasa sepnjg hari. perut rasa kosong..
Doc angkt Khalish spya ak boleh tgk dia... yaAllah..ak mnangis!! Klulah abg ada dgn ak... Aku tahu dia pasti mnangis melihat Khalish....


Slesai dijahit, nurse bw Khalish pd ak utk feeding... Nipple kcil, kolostrum pon xmahu keluar..Ya Allah...sedih sgt3 ak rasa.. Khalish dh mnangis..puas ak pujuk tp susu tetap xde utk ak bg pd dia....Khalish dibw naik ke wad dhulu smntra ak masih di labour utk masuk ubat kecutkan rahim...
Ak xtaulah abg kt luar mcm mn... ksian sgt2 sbb lama dia tggu dr pagi.....ak xboleh cntact abg sbb ak xde hp....
Jam 8.15mlm brulah ak dibw ke wad. smntra docmnt disiapkan, abg dtg pd ak.. abg cium ak dgn penuh rasa syg & cinta.. ak ingt lg kata2 abg..."terima kasih sayang...abg sayangkn sayang"... 
Lpas hntr ke wad, abg balik..ruginya di PPUM xde sapa bolh temnkn tdo...dlm jam 10 barulah nurse hntr Khalish pd ak.. Ya Tuhan....betapa besar & agung kurniaan drMu..ak bersyukur sgt2 dgn kelahiran Khalish...tp ak msh xberupaya mnyusukan Khalish..nsb baik spnjng mlm Khalish diam xmngis...






Inilah hero aku.. MUHAMMAD YUZAFRAN KHALISH (maksudnya YG TERPUJI, KEMENANGAN, YG IKHLAS/MURNI).



14 October 2011

39minggu 5hari

Ak g PPUM spti biasa utk regular chck up..alhamdulillah harini dh genap 39mgu 5hari... Lusa dh cukup 40mgu ak mngandungkan Khalish. Ak bgtau doc dh smgu pert mngeras espc waktu mlm...she said its gud sbb bby dh mula buat cntraction spy jln mudah terbuka..sakit mmgla sakit sbb ak xbolh tdo lgsg....


Mcm mlm td..kul 5pg br leh lelap mata.. sblm tu mnahan je pert mngeras..ak cb jgk kira tp pola xcantik mcm yg sptutnya... doc pnh ckp itu xleh kira sbg contrction....


Dsbbkn ak ada tiroid, doc bg masa smpai ahad nie..If ak xbersalin jgk, isnin jam 8am ak kna masuk labour room utk induce.. waaaaaaaa.... selagi boleh of coz xnk induce... 2pon dlm masa 2hr je..if xbukak jln jgk...C-zer lah jwbnya.. Ya Allah mintak2 dijauhkanlah dr c-zer....


dr pgi td masa chck up smpilah skrg,..pert msih tegang & mngeras..pergerkn mmg terlalu ckit rsnya xcukup2 10x lg nie.... Ya Allah..Kau permudahknlah jk harini adlh hr klahiran Khalish Ya Allah... Ak hnya mnggu jk ada trun tanda spya ak boleh ters ke PPUM....


Tegang sgt2 perut ni..mummy call surh dtg mkn ns mnyk & tdo Kg baru.. Ak takut sbb jauh dr PPUM... Ni pon dh rasa smcm je.... Ak pesan kt abg spya ambik je nasi & tapau bw balik..xlarat rsnya nk naik turun tgga umah hrni.... prut tgh xbrpa slsa...risau plak....


Mintak2 Khalish keluarlah sblm isnin... Klu dpt hrni lg bagus sbb hari ini hari baik..JUMAAT.... Ak rs dh bersedia nk merasa ksakitan mlahirkn Khalish..Hari2 ak doa spya dipermudahkn dr ksakitan & kesusahan mlahirkan Khalish.. Abg pon dh xsabar2 nk peluk cium Khalish....



11 October 2011

10-10-2011

Syukur Alhamdulillah dipanjangkn jodoh olehNya..
Hari ni tanggal 10 Oct 2011 genap 1tahun perkahwinan ak & abg... Setahun bgaikan br sj berlalu... Bila diingt balik byk kngan yg dh kami lalui...

Thn pertama tiada sambutn yg special...Skdr abg bw ak mkn mlm ditempt memori kami... Abg bw ke Burger King Restoran Jejantas Sg Buloh.. Nk tau knp? Sbb dulu itu tmp "feveret abg tiap kali "kidnap" ak lps keje....Kami xpnh jejk kdai lain slain BK...sembang2 smpikn kdg2 xsdar jam 12mlm... pdhal esoknya keje....

Hhhhrrmmm itu sume kngan indah kami... Ak bersyukur dipertemukan dgn abg... teman+rakan+ kekasih+musuh+ sahabat+suami yg terbaik mndampingi ak... Ak bersyukur sgt2....

Skrg kami dh ada Khalish.. Wlpon budak kecil ni xkuar lg dr perut...kami bahagia... Khalish tanda cinta kami...Kdg2 xpcya pon ada.. Zuriat didlm perut ini adalh kasih syg kami..cinta hati kami...

Skrg kami hnya berdoa & menunggu Khalish lahir kedunia... mgu ni genap 40mggu Khalish didlm perut... xsabar rsnya nk merasa sakit mlahirkn Khalish..nk mnyusukan dia..mndodoikn dia... Abg hr2 main,usap, cium perut ak sbb dia dh rindu & teringin sgt nk pegang Khalish....

Khalish sayang...keluarla.. papa&mama xsabar nk jmpa Khalish... Kami sygkn Khalish......


07 October 2011

Rest je kat umah

Hhhrrmm...lama dh xupdate blog nie... alhamdulillah dpt extra MC 3hr..so bolhlah balik KL awal ckit...thx to Dr.Maw sbb paham ak nk balik KL n bersalin kt cni..cuti bersalin pon lulus 60 hri je..by 12/12 dh kena kje smula...


Kt umah mcm biasa abg suh relax je... masak pon xbg..sume beli je kt luar... abg sgt baik..xnk bg ak penat esp klu kna berdiri lama2 kt dapur tuh... OKla..bila lg nk rs rehat sbnr2nya..... Tp bosan gak..mklmlah dh biasa ligat..bila relax je..mcm ada yg xkena....


Abg bw brkfst kt Subang Ria... Dinner kt Nurin...hhhrmmm sume tu feveret place ak... abg mmg prihatin.... Ak syg sgt2 dia...


Hari ni de chck up kt PPUM...abg xdpt temnkn sbb terikt ngn meeting kt MPSJ kul 9.30... ksiankn aku, abg hntr tp balik naik teksi.... penat mmg pnat sbb bjln jauh...appoinmnt Endo pon dpt 12/12.. nti ak mtkla MC atau trkh tu tukar awal ckit.....


Lunch ak order McD je..ni pon xsmpai2 lg... ak dh xtau nk mkn apa..nk kuar xtau nk g mn... klu abg tau pon msti abg bising..yela kan dia suh duk umah je....jgn mryap...


Khalish so far Ok... agk byk & ksar mvemntnya....anak mama dh xsabr2 nk kuar ye... mama dh ready bila2 masa pon...yg penting kita skrg dh de kt KL.... InsyaAllah papa bolh masuk temnkn mama smpai Khalish kuar......


Mlm mgu ni bezday Adam... kakak buat BBQ kt umah.. ak nk balik..mtk2 khalish xkuar lg...mkn puas2..kang pantang melopong je tgk org lain mkn......


Smlm pon abg niat nk buat aqiqah 7hr lps khalish lahir... ak dh call kakak..sok balik kg nk bincang psl kndri tu sbb nk buat cukur jambul skali..... Ak pon dh serach intrnet tntg bilngn bhgian aqiqah..insyaAllah kami bersedia.... mama hrp Khalish pon Ok, xkna jaundis...


Ya Allah...permudahkanlah kelahiran Khalish...Jauhkanlah ku dari kesakitan berpnjngn... permudahknlah segala kesulitan kami... Berilah kesemptan & peluang Yus utk berada disisi ku sewaktu bersalin... Selamatkanlah kami...lindungilah kami.... Aminn



14 September 2011

Kursus Modul 1 aka IPhone4

Sbg staf baru...kena g kursus utk new job scope ni... Modul 1 alhamdulillah dekt je dgn umah..kt Hospital Serdang....
So, ak duk umah jela.. dptla 6mlm sama2 dgn abg... Tp terpksa mnyusahkn abg la sbb pagi2 kena hntr then ptg g jemput smula.. nk drve sndr... abg xbg..biar dia hntr katnya...

Nk dijadikan cerita, sabtu pagi we all bekpes kt Rejab... Ala mamak feveret ak tuh.. nk mkn thosai punya psal... So, ak pon guna la wifi kt c2... tup2 hbs guna, hp ak jd miong2... ayo...hbs contct num sume hilang esp yg baru2... Panik lah... puas on-off byk kali tp xbrjya juga........

So, tggu smpai ahad...abg ajak g Digital Mall.... abg belikan iPhone4 yg baru tu.. tp kaler hitam jela.. nk tggu putih lmbt... abg kesiankn ak hp HD7 dh miong & ak kbosanan sbb xde entrtaimnt.... Ak bertuah...abg sgt sygkan aku...dia sntsa fikirkan ak sdgkan ak..kdg2 terlupa yg ak perlu fikirkn dia....

Alang2..ktrg tukr skli line... dr celcom prepaid kpd maxis postpaid....within 3working days br leh sttle... tp tgh hari isnin wktu ak kursus, line dh ok, dh boleh pkai... so, burn lah  kredit ak yg sgt byk tu.. rugi jgklah dlm $75>.00



07 September 2011

Pussycat Dolls punya pasal

Khamis 3hb Sept... 1 hari suntuk xkuar umah sbb abg kesiankan ak xsihat... Ptg abg tnya nk dinner luar x..ak OK je..mmg teringin Aimar Char Kue Teow yg sdap tuh... so ktrg pon siap2... Yg paling best rupanya abg nk ajk tgk movie...ksiankn ak sbb dh lama xg tgk movie...

So, abg book on9 Hantu Bonceng... dpt couple seat kt Sunway Pyramid..movie dlm kul9 lbh...jadilah..xla rushing dinner...So, 1st destination g Aimar...tp tutp plak..... hhrrmm... last2 g burger king kt sek13 tuh.... After meal..ktrg graklah g sunway sbb nk collect ticket b4 show...

Sharp on time, ktrg masuk hall.... slalunya da iklan cte2 baru...tp masa 2 xde iklan...jus pasang lagu2 Pussycat Dolls.... Masa tu tgh lagu "Buttons"... Wahhhh!!!! Berjoget2 perut nih... Noty sungguh Khalish mama ni.... suke lagu Buttons ye... xhenti2 berjoget2 perut mama ni... gelap2 pon papa nmpk dgn jelas perut mama gerak2........ Papa pon geleng kepala khalish suke lagu ni...

Makin lama...mama makin seronok...byk pnglaman yg mama dpt masa mngdungkan Khalish.... Khalish hiburan mama waktu mama sepi.... Lg2 bila duk lipis sorg tnpa papa..... 

Now dh 34mggu 2hri.... Esok papa dtg amik mama... Papa nk bw mama balik sbb de chck up kt PJ... scan skali.... Mama nk tgk khalish.. ntah apa la gaya khalish kali nih...Jgn sorok muka lg tau....Babab nti...... InsyaAllah papa tggu mama & join skali waktu scan.... Mama dh byk kali scan kt lipis..but papa xde.... Papa pon rindu pd khalish juga....

16 August 2011

Buah Hati Mama & Papa

13 Aug 2011:

Papa carikan mama tmp private tuk scan 4D baby...finally we all g NR kt Sek 13 Shah Alam...(Btul2 dekat ngn Upin Ipin).... So....set appoinment 11am..... Dr umh smpilah ke shah alam baby still moving..... Wahh!!! baby pon tau excited sbb mama & papa nk skodeng dia.....hihihihi.....

Wahh...bila scan je..baby tdo ngn lenanya..eee...sabar jelah mama...... Tgn dia pandai tutup lips..saja je xnk bg mama & papa tgk muka dia.... sonographer tu siap godek2, goyang2 perut mama nk bg baby bangun..pandai ye baby berlakon.... nakal tau anak mama nih.....

Akhirnya mama & papa dpt tau gender baby.... U are our HERO... Baby BOY!!!!! OMG... we all xbersedia lgsg nm baby boy...mama ingt baby girl... So..mlm pon mama ligat cr nm baru sbb sng mama & papa nk bual2 ngn baby.... Finally papa stuju nama KHALISH..maksudnya suci, bersih, ikhlas..semoga anak mama jd manusia yg ikhlas.. itu wish mama... nti mama carikan lg nama pjg tuk Khalish ok... 

We all luv u so much Khalish.... Khalish permata hati mama & papa.......