Lady Nyna

Lady Nyna

12 June 2012

Nak tambah anak lagi?

Soalan cepumas yg aku tanyakan pd abg. Abg dh sedia ke nak anak lg? Hahahahaha...abg senyum je then terus cakap... "xkan nak ada Khalish aje.." pheeuuwwww!!!

Pk kjap... Aku mcm mn? dh ready ke..Alish dh nak masuk 8 bulan. Klu pregnant lg, means 2013 aku beranak (InsyaAllah jk rezeki cepat).... dh beza umur 2thn dgn Khalish. Ok la beza 2 thn... xla rapat sgt kaan.....

So, aku pon ringan tangan search kat internet petua2, doa yg mungkin boleh dipraktikkan utk dptkan anak...Kali ni mmg sasaran kami nak anak perempuan... Hehehehe..dh ada boboy. nak gegel plak uoolllllssss....

Petua dapatkan ANAK PEREMPUAN:

1. Melalui pemakanan, ibu2 kena byk makan makanan yg kaya dengan lemak & makanan yg diperbuat drpd susu. Jika diikuti, peluang utk dpt baby girl sekitar 70-85%....

2. Melaui masa subur ibu... Waktu subur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, persetubuhan perlu dilakukan 24 JAM SEBELUM WAKTU SUBUR.
 
Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. Menentukan tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan. Cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

4. Menentukan tahap kepuasan isteri semasa bersama. Isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

5. Melaui kiraan kitaran haid.  

( cth; sekiranya haid sang ibu jatuh pd 1hb )


Hari Haid
: 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki )
: 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan )
: 18,19,19,20,21,22,23 ( 7 hari )


Hari Tidak Subur
: 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )
Berdasarkan kalendar di atas, Ibu2 bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya ibu2 mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami.
Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17, ibu2 dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.


MULAI TARIKH 18 HINGGA 23
, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan


Tapi, walau apa pon usaha kita, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kita boleh merancang & berusaha, ketentuan di tangan Allah SWT jua... 

So, InsyaAllah ilmu ini bermanfaat bg kwn2 yg plan nak anak gegel pulak. Semoga usaha kita semua membuahkan hasil seperti yg diimpikan. Aminnnn........ (InsyaAllah).








No comments:

Post a Comment