Lady Nyna

Lady Nyna

17 July 2012

Puree utk Khalish 8 bulan

Lama x update pasal puree.. Khalish pon dh makin besar & of coz dh kureng nak makan puree buah... aku dah buat mcm2 menu yg heavy sikit.

BUBUR NASI + AYAM/IKAN

Bahan-bahan:-

Segenggam beras
Sayur berdaun (Sawi Jepun/Park Choy/ Sawi Putih)
Lobak Merah
Brocolli
Cendawan Tiram Kelabu
Ayam
Ikan (Option: Salmon/ Merah/ Tenggiri/ Sardin)


Cara-cara:-

1. Rebus beras dgn air yang banyak. At least 3/4 periuk. Aku lebih suke guna periuk tanah liat sbb rasanya lebih sedap. Hehehe
2. Cincang semua sayur kecil2 dan cuci sampai bersih.
3. Masukkan dalam periuk nasi tadi dan biarkan semuanya masak sepenuhnya. Make sure carrot lembut dan boleh dilumatkan.
4. Dgn periuk yg lain, rebuskan ayam sampai lembut. Then rebus ikan sama ada salmon, sardin, merah or tenggiri. Lps masak, biarkan sejuk seketika dan kiraikan dalam saiz yang lebih kecil.
 5. Devide bubur nasi & sayur tadi, blend dengan ayam yang telah direbus.
6. Utk separuh lagi bubur, blend dgn ikan.
 7. Masukkan dalam bekas kecil2 dan label utk rujukan. Simpan dalam sejuk beku.



Azam Baru...

Yeahhhh.......... Akhirnya aku jmp dgn Kak Shila..itupon lpas Nida perkenalkan.. Sepatutnya jmp Nida je..tp disbbkan Nida sgt busy, jmp Kak Shila..Kak Shila mmg best...pot pet pot pet mcm dah biasa je kenal..Hahahaha...

1st Kak Shila bg try xxxxxxx tue.. Cara pakai, cara jaga pon di ajar jgk.. Happy!!! Target sebulan ni mesti ada perubahan. Lain2 will progress mcm yg dirancangkan....

Tapi....syyyhhhhhhhhhhhhh....... (*,*)



20 June 2012

Beginilah Caranya Yana Samsudin ft Shaheizy Sam OST Aku Ada Kau Ada

Minggu lepas otw balik dr office aku psng Hot FM... aku dgr best betul lagu ni... trus kuatkn volume xhengat dunia sbb nk dgr betul2 DJ Ikhwan bgtau sapa yg nyanyi... xsangka OST filem Aku Ada Kau Ada... Waaahhhh... Yana & Sam menyanyi... sedap jgk suara dorg be2.....





BEGINILAH CARANYA
Yana Samsudin ft Shaheizy Sam

Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Aku percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

# Tapi aku masih belum mengenalmu

Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

*** 
SAM:
Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

YANA:
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini.......
Caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Repeat #  1x

*** 2x


12 June 2012

Nak tambah anak lagi?

Soalan cepumas yg aku tanyakan pd abg. Abg dh sedia ke nak anak lg? Hahahahaha...abg senyum je then terus cakap... "xkan nak ada Khalish aje.." pheeuuwwww!!!

Pk kjap... Aku mcm mn? dh ready ke..Alish dh nak masuk 8 bulan. Klu pregnant lg, means 2013 aku beranak (InsyaAllah jk rezeki cepat).... dh beza umur 2thn dgn Khalish. Ok la beza 2 thn... xla rapat sgt kaan.....

So, aku pon ringan tangan search kat internet petua2, doa yg mungkin boleh dipraktikkan utk dptkan anak...Kali ni mmg sasaran kami nak anak perempuan... Hehehehe..dh ada boboy. nak gegel plak uoolllllssss....

Petua dapatkan ANAK PEREMPUAN:

1. Melalui pemakanan, ibu2 kena byk makan makanan yg kaya dengan lemak & makanan yg diperbuat drpd susu. Jika diikuti, peluang utk dpt baby girl sekitar 70-85%....

2. Melaui masa subur ibu... Waktu subur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, persetubuhan perlu dilakukan 24 JAM SEBELUM WAKTU SUBUR.
 
Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. Menentukan tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan. Cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

4. Menentukan tahap kepuasan isteri semasa bersama. Isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

5. Melaui kiraan kitaran haid.  

( cth; sekiranya haid sang ibu jatuh pd 1hb )


Hari Haid
: 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki )
: 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan )
: 18,19,19,20,21,22,23 ( 7 hari )


Hari Tidak Subur
: 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )
Berdasarkan kalendar di atas, Ibu2 bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya ibu2 mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami.
Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17, ibu2 dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.


MULAI TARIKH 18 HINGGA 23
, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan


Tapi, walau apa pon usaha kita, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kita boleh merancang & berusaha, ketentuan di tangan Allah SWT jua... 

So, InsyaAllah ilmu ini bermanfaat bg kwn2 yg plan nak anak gegel pulak. Semoga usaha kita semua membuahkan hasil seperti yg diimpikan. Aminnnn........ (InsyaAllah).








11 June 2012

Sebak & Menyesal

Tgh malam yg sunyi.. Abg masih bz kt bilik study sblh dgn drawing2 nya... Aku plak di bilik tido tgh tidokan Khalish... Sayu aku pandang wajah Alish... terbayang 3bulan aku tinggalkan dia.. Ya Allah... rasa sebak sgt.....

setiap malam waktu tidurkan Alish, aku akan tetap berdoa keselamatan, kesejahteraan & kesihatan Alish... Apa2 ayat or doa yg aku tau sume mmg aku baca... Semoga Alish dilindungi dari gangguan & diberi tidur yg lena... Aku kucup pipi labuh Alish & tepuk2 buntutnya dgn lembut.... Mama sgt2 sayang anak mama......

Alhamdulillah Alish dh 7bulan 3mggu skrg... Makin lasak & kdg2 agak nakal.... paling kelakar pagi semalam..aku & abg mmg dh bgn tp masih bermalasan atas katil..tetiba rasa mcm ada org pgang kaki..rupanya Alish dh berdiri tegak kt kaki ktrg nk join atas katil..hehhehe... comel je.... makan pon dh nk ikut apa je yg ktrg makan..... now mama tgh usaha carikan kerusi mkn yg boleh laras..so far mmg xjmp lg..yg std height bykla jumpa.... klu xdpt jgk, mama beli jela yg std height tue.... mama tau Alish nk mkn skali ngn mama-papa....

We Love You.... Mama menyesal berjauhan & tinggalkn Alish dulu...mama janji selai mama bernyawa, mama xkan tingalkn Alish lg....


04 June 2012

Elergi....

Hhhrrmm... dh 2hari aku mula bekerja...seronok sbb hjng bulan dpt duit, tp xseronok sbb dh xrelax2 kat umah... Sbg new staf of course xde keje apa sgt... ni pon duk melepak je x buat apa2...
Last week msa baru masuk, ada la tolong Ida buat tender wifi utk Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia...

Seronok jgk sbb alang2 bljr buat tender & bljr apa dokumen yg diperlukan... My 2nd day harini, Abg Jam xdtg lg...so, xde la buat apa2...kang mnyibuk org lain, kacu dorg plak........

 Tp aku teruk plak elergi..makan seafood cikit mulala gatal... slalunya attack leher & tangan... tergaru2... mmg makan seafood tpxla byk sgt...skdr bbrp ketul udang/sotong dlm nasi goreng... hahaha... nak makan apa plak lps ni weiiii......


Kt rumah pon sama je,....mkn seafood msti gatal2..lg kronik gatal muka..hadoiyaiiiiiiiiiiii....... cmne nak ubatkan nie...



29 May 2012

Selepas 2 bulan...

Menanti dan terus menanti..ntah berapa byk dh aku mohon kerja baru...interview pon byk yg dah pegi.. Smpaikan ada yg sesat sbb jauh nun ceruk hah!! 

24 Mei 2012... Pagi2 aku dh keluar ke bukit jalil esplanad utk 1 lagi interview.. Kali ni special sikit sbb abg yg tolong carikan. Kbtln malam sebelum tu, abg buka FB & kwn lamanya tgh cari asisstant. So, cuba nasib & terus dpt call interview. So, dgn perasaan yg sama mcm interview2 sblmni, aku pegi jgkla ditemani abg & Khalish. Alang2 mmg abg jmp balik kwn nya stlh ntah brapa thn xjmp. Yg interview pon Abg Jamadi tu aka Abg Jam dgn CEO nya. Ptg tu dlm kul 4 abg call & bgtau aku berjaya...... Yahoo!!!!!!! Syukur sgt2 akhirnya penantian 2bulan membuahkan hasil.

So, bermula la pencarian baby sitter utk Khalish. Puas jgk mkck Yah pk nk bg siapa.... Last2 teringat Kak Ad, sorg mkck yg asalnya Minang Indon. Kbtln Kak Ad tgh kosong, so boleh sgt2 nak jaga Khalish. Wlpon Indon, aku rasa yakin masa kali pertama aku dtg ke rumahnya.. Of course la mkck Yah temankan. Dia mmg dh lama duduk malaysia & husbandnya pon dh IC biru. Alhamdulillah mkck Yah pon ckp tiap tahun waktu Terawih mmg 1 saf dgnnya. Alhamdulillah, walaupon bukan 1 blok, still dlm area yg sama & rumahnya pon tgkt bawah je...so xpayahla penat2 balik kerja nak naik turun sampai 2x!!!

Dgn upah RM300, aku harap Khalish dpt dijaga dgn baik bagai menjaga anak sendiri. Yg penting Khalish ada yg menjaga. Kerja baru ni pon aku seronok sbb jadual kerja sgt anjal asalkan kerja disiapkan on time. jnji dekt dgn rumah & aku xperlu berjauhan lagi dgn keluarga aku....

Perasaan... hhrmmmm mula2 dpt aku xde apa2 respon pon. sbb aku xtau nk rasa mcm mn..2bulan duduk rumah, mmgla rsa xseronok sbb dh keje semula...Tp aku perlu bekerja utk tolong abg belanja rumah. Klu x, terkial2 aku tgk abg... Kami bukan golongan yg bergaji besar smpi 5-6angka. Alhamdulillah gaji yg dioffer pon lumayan. 

Syukur sgt2 Ya Allah... Aku memohon Kau sentiasa permudahkan kami. 
Amin....